kata2 hikmah

thanks


falling object

my style

Monday, September 6, 2010

rintihan dari hati....


pda mulanya semuanya hepy.....ttapi keesokannya semua da msnah...
adakah ini nsibku???klau ye,aq trme seadanya.......
aq bru nak mrasai apa itu kbhgiaan...tetapi semua msnah sklip mata....
adakah ini semua mmpi???adakah ini semua yg sdah trtulis???
dan adakah ini yg akan trjadi wat slama2nya kpda driku???
aq sedey.....aq kcewa...
sampai haty kau lakukan mcmnie pda aq....
hmmm
aq trime seadanya......
ya Allah ya Tuhanku.....
Engkau tbahkanla dan kuatkanla smngt aq yg tlah hncur brkcai ini...

Saturday, September 4, 2010

Kemanakah Cinta Kita Menghilang???

Kemanakah cinta kita menghilang Ya Allah?
Ke hutan belantara ke gaung curam kucari,
Tapi tiada ku jumpa Ya Allah.
Tiada ku jumpa!!!
Adakah ia telah lenyap buat selamanya?
Terhembus keluar dari atmosfera cintaku?
Tak layakkah diriku untuk menikmatinya hingga nafas terakhirku?

Jangan begini,
aku tidak mampu ya Allah.
Cintamu itu umpama desiran bayu.
Yang perlahan-lahan mengusap jiwa,
Yang perlahan-lahan membuatku bahagia,
Aku cemburui Rabiatul Adawiyah ya Allah
Mengapa bukan aku yang Kau pilih?
Mengapa bukan aku?

Jangan sampai satu titik hitam itu memusnahkan yang lain juga.
Aku tahu kelemahanku ya Allah,
Aku tahu itu...Dan sebenar-benarnya aku tahu..
Lantas,inilah yang aku bimbangkan,
Bisikkan pada pintu langit,jangan biarkan aku menunggu lagi....

Teratai putih,menjelmalah!
Pari kecil, bawalah...
Debunga sakti,terbanglah....
Dan CINTA kembalilah!

kemana cinta kita menghilang ya Tuhan?

jangan biarkan aku meninggalkanmu lagi ya Tuhan
jangan sampai aku jadi insan munafik
nauzubillah
aku gembira dan bahagia
jika hanya Kau bisa kembalikan cinta kita ya Allah...........

Friday, September 3, 2010

ADAM..............


Adam,
Kau tercipta untukku,
Tulang rusukku padamu,
Janganlah kau sakiti akan diriku,
Belailah aku dengan sikap kesabaranmu.

Adam,
Kau tercipta padaku,
Sayangilah aku,
Bimbinglah akan daku,
Aku wanita lemah ingin seorang pembimbing akan
diriku.

Adam,
Kau tercipta padaku,
Jika suatu hari nanti takdir menentu,
Kita akan bersatu menuju kejalan lurus yang satu
dengan akad nikah yang jitu.

Adam,
jika suatu hari ajal maut menunggumu,
Ku redha dengan ketentuan itu,
Ku pasti ada hikmah di sebalik ujian yang berlaku,
Kerana diriku sudah dibimbing oleh mu.


Thursday, September 2, 2010

HaRi InI aKu SePi!!!!!!!




Dalam mencari makna pertemuan
kau datang bawa harapan
Membawa pergi hati ini
Sunyi sepi sekeping hati

Hatiku ini berbunga kini
Kita bersama di sana sini
Susah dan senang sama dikongsi
Sedih dan tawa dirasai sekali

Pertemuan ini banyak mengajarkan erti kehidupan,
Juga mengenal apa itu persahabatan
Kehadiranmu membawa seribu erti
Aku ingin bersamamu hingga akhir nanti

Namun kini engkau telah pergi
Tinggalkan diriku menyendiri
Adakah ini lumrah pertemuan
Berakhir dengan sebuah perpisahan

Walaupun kau telah pergi
Aku tetap berada di sini
Segala kenangan menjadi memori
Namun hari ini aku sepi!!!

cInTaMuuu


my blogger old

Daisypath Friendship tickers