kata2 hikmah

thanks


falling object

my style

Thursday, October 13, 2011

DASAR SOSIAL NEGARA

Dasar Sosial Negara ialah dasar payung yang merangkumi falsafah dan semua dasar pembangunan sosial berteraskan kepada:

a) Perlembagaan
b) Rukunegara
c) Wawasan 2020 Malaysia
d) komitmen negara di peringkat antarabangsa.

Dasar Sosial Negara adalah suatu dasar strategik yang setara dengan mana-mana dasar-dasar utama yang lain seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan juga Dasar Pembangunan Wawasan yang telah dilancarkan lebih awal.

Perspektif 'Sosial' dalam Dasar Sosial Negara merujuk kepada kehidupan serta jalinan perhubungan yang wujud di kalangan individu serta keluarga dengan anggota-anggota lain masyarakat dalam persekitaran yang baik dan memberangsangkan.

Dalam mencapai kepuasan serta kecemerlangan hidup bermasyarakat, setiap individu berhak menikmati keperluan asas dan keperluan-keperluan lain melalui penyampaian perkhidmatan sosial yang merangkumi aspek:

  • kebajikan masyarakat
  • kesihatan
  • pendidikan
  • pekerjaan
  • perumahan
  • penghayatan nilai dan budaya
  • keselamatan
  • persekitaran yang sihat.

Dasar Sosial Negara ini dibahagikan kepada enam bahagian seperti berikut:

1. Bahagian I : Penyataan Dasar
2. Bahagian II : Penyataan Matlamat
3. Bahagian III : Rasional
4. Bahagian IV : Objektif
5. Bahagian V : Strategi
6. Bahagian VI : Jentera Pelaksanaan

PENYATAAN DASAR
Dasar Sosial Negara ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional, kesejahteraan hidup dan masyarakat Malaysia yang maju serta mantap.

PENYATAN MATLAMAT
Dasar Sosial Negara bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia maju dan mantap dari segi sosial, ekonomi dan teknologi dengan setiap anggota masyarakat berpeluang serta berkeinginan untuk memperkembangkan potensi diri serta optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri :

- bersatu padu
- berdaya tahan
- demoktratik
- bermoral
- bertoleransi
- progresif
- penyayang
- adil
- saksama
- selaras dengan matlamat Wawasan 2020

RASIONAL
Pembangunan ekonomi diperakui sebagai prasyarat kepada pembangunan negara. Walau bagaimana pun pembangunan ekonomi semata-mata tidak menjamin pembangunan yang holistik. Pembangunan negara haruslah berpaksikan konsep pembangunan holistik yang bermaksud pembangunan ekonomi yang diimbangi dengan pembangunan dan kemajuan sosial termasuk pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Pertimbangan terhadap aspek ekonomi dan mutu kehidupan seharusnya tidak membataskan konsep maju kepada aspek-aspek yang boleh diukur secara kuantitatif semata-mata. Penekanan sewajarnya adalah perlu terhadap aspek kualittiatif seperti kemantapan sosial, nilai-nilai moral, kekuatan intelektual dan budaya.

Sesebuah negara maju mengikut acuan dan kefahaman kita perlu membiasakan kemajuan hidup manusa dalam semua dimensinya kerana pada akhirnya kemajuan perlu diukur dari perspektif kemanusiaan. Matlamat utama pembangunan ialah kesejahteraan dalam masyarakat secara keseluruhan iaitu kesejahteraan rohani, jasmani dan alam fizikal

Dalam hubungan ini, usaha perlu diambil untuk memperkuatkan faktor sentripetal seperti kesejahteraan, keharmonian, persefahaman, perkongsian dan sebagainya yang mendorong anggota masyarakat untuk saling berkomporomi dan bekerjasama demi mempertahankan kepentingan bersama dalam merealisasikan masyarakat maju dan mantap.

Wawasan 2020 menyenaraikan 9 cabaran atau matlamat khusus yang perlu dicapai di mana kesemua cabaran dalam Wawasan 2020 bermaksud mencapai pembangunan yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial. Selaras dengan itu, visi Dasar Sosial Negara adalah untuk meterjemahkan semangat dan prinsip Wawasan 2020 ke dalam pelbagai program dan aktiviti untuk pelaksanaannya.

OBJEKTIF

Objektif Umum
Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan fahaman politik dan wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hdiup secara berterusan.

Objektif Khusus
Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat perlaksanaannya.

Objektif 1:
Memastikan Keperluan Asas Individu, Keluarga dan Masyarakat Dipenuhi. Bagi menjamin kesejahteraan menyeluruh, hendaklah dipastikan supaya setiap individu, keluarga dan masyarakat berhak menikmati:

  • Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal secukupnya.
  • Persekitaran fizikal yang sihat, bersih, selamat dan mesra insan.
  • Persekitaran sosial yang mengutamakan nilai-nilai murni.
  • Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi kesihatan, pendidikan, pekerjaan, kerjaya, kerohanian dan maklumat.
  • Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara yang dilindungi oleh undang-undang.
  • Keperluan hidup yang lain sesuai dengan perkembangan semasa.

Objektif 2
Membangun Dan Memperkasakan Insan Sepanjang Hayat. Segala tindakan adalah bertujuan membangun dan memperkasakan setiap individu tanpa membezakan kumpulan etnik, agama, budaya, gender, wilayah, fahaman politik, taraf perkahwinan dan keupayaan fizikal serta mengambil kira kepekaan terhadap keperluan dan kehendak jantina. Ini bagi memastikan individu dapat mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum bagi mencapati matlamat kendiri dan masyarakat pada setiap peringkat kitaran hidup. Usaha berterusan hendaklah dibuat bagi memastikan setiap individu memberi dan menerima kemesraan dan kasih sayang sepanjang hayat.

Objektif 3
Memperkukuh dan Membangunkan Sistem Sokongan dan Perkhidmatan Sosial.Usaha perlu diambil untuk memperkuatkan sistem sokongan sosial yang sedia wujud iaitu :

- sistem keluarga
- komuniti
- kumpulan etnik
- agama
- pendidikan
- organisasi sosial

untuk membantu setiap anggota masyarakat membangun dan berfungsi secara optimum serta berfungsi sebagai sistem kawalan sosial. Selain itu, sistem sokongan yang baru sebagai tambahan perlu diwujudkan bagi tujuan tersebut.

Semua sektor yang terlibat di dalam sistem penyampaian perkhidmatan sosial perlu saling menyokong dan melengkapi untuk menentukan anggota masyarakat yang memerlukannya mendapat pilihan perkhidmatan bermutu.

Objektif 4
Menjana Sinergi Multisektor. Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor awam dengan sektor swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat untuk tujuan menjaminkan perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama. Persaingan dan pertindihan peranan antara pelbagai agensi dan sektor perlu dan diatasi agar penggunaan sumber tenaga dapat dioptimumkan.

STRATEGI
Pelbagai strategi telah dan akan terus dikenalpasti bagi mencapai setiap objektif ini.

JENTERA PELAKSANA
Pencapaian Dasar Sosial Negara bergantung kepada pewujudan satu struktur yang mantap di semua pengikat bagi menyelaras perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program dan aktiviti-aktiviti pembangunan sosial yang dilaksanakan oleh semua agansi kerajaan serta sektor swasta dan sukarela.

Bagi merealisasikan pelaksanaan strategi-strategi di bawah Dasar Sosial Negara, maka Majlis Sosial Negara ditubuhkan di peringkat persekutuan sebagai jentera penyelarasan pelaksanaan. Majlis Sosial Negara yang merupakan badan tertinggi ini akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dengan keanggotaan terdiri daripada Menteri-menteri Kabinet yang berkaitan dengan sektor sosial, Kementerian Perpaduan Negara dan Pambangunan Masyarakat akan bertindak sebagai Urusetia.

Majlis Sosial Negara akan dibantu oleh Jawatankuasa Pembangunan Sosial Negara dan Jawatankausa Kerja Pembangunan Sosial Negara di peringkat persekutuan. Di peringkat negeri dan daerah struktur yang sedia ada, iaitu Majlis Pembangunan Negeri, Jawatankuasa Pembangunan Negeri dan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Daerah akan digunakan bagi menyelaras perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian progaram-program dan aktiviti-aktiviti sosial.

PENUTUP
Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang merangkumi falsafah dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara. Dasar ini memberi halatuju kepada perancangan dan pelaksanaan program-program pembangunan sosial. Pelaksanaan dasar ini akan menjadi suatu agenda utama Kerajaan untuk mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap menurut acuannya sendiri. Pelaksanaan Daar Sosial Negara akan dipantau bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pencapaian pembangunan sosial. Kejayaannya bergantung kepada komitmen, sokongan, kerjasama sektor awam, swasta dan sukarela.

No comments:

Post a Comment

cInTaMuuu


my blogger old

Daisypath Friendship tickers