kata2 hikmah

thanks


falling object

my style

Sunday, June 19, 2011

2 cabaran capai status negara maju

PUTRAJAYA: Bukan mudah untuk Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020 kerana pelbagai cabaran terpaksa dihadapi, termasuk dari dalam dan luar negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, cabaran dalaman membabitkan perubahan tuntutan sosial masyarakat, peningkatan populasi dan taraf pendidikan dan sektor pembangunan, menghasilkan graduan inovatif dan tenaga kerja produktif.


Sementara cabaran dari luar merangkumi landskap perniagaan kompetitif, peningkatan kos dan pasaran dunia yang tidak menentu.

“Ini antara cabaran yang perlu dihadapi. Walaupun kita perlu sentiasa memperhalusi strategi, kita tidak pernah melupakan kepentingan jalinan kerjasama, pertukaran idea dan dialog antara semua pihak,” katanya pada Forum Perniagaan Malaysia-Afrika (MABF) di sini, semalam.


Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.


No comments:

Post a Comment

cInTaMuuu


my blogger old

Daisypath Friendship tickers