kata2 hikmah

thanks


falling object

my style

Saturday, June 11, 2011

.:CiNta LaNGit & LaUt:.

Sebuah kisah untuk dijadikan iktibar semua insan yang ingin mendalami serta memahami apa itu CINTA KASIH SEJATI~
Dahulu kala, langit dan laut saling jatuh cinta..
Mereka sama-sama saling menyukai antara satu sama lain..
Warna laut menjadi sama dengan langit, dan begitu juga sebaliknya..
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan "aku cinta padamu" ke telinga langit..
Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu & wajahnya berubah kemerahan..
Suatu hari datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit..
Tentu saja langit tetap mencintai laut kerana setiap hari hanya melihat laut sahaja..
Awan sedih tetapi masih tidak putus asa lalu mencari cara dan akhirnya menemukan akal membolosi kemusykilan..
Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan antara langit dan laut..
Laut merasa marah kerana tidak mampu melihat langit, sehingga dengan gelombangnya: laut berusaha menyebak awan yang mengganggu pandangannya..tetapi tentu saja tidak berhasil..
Lalu datanglah angin, yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit..
ia merasakan harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu hubungan antara langit dan laut..
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan...maka~
awan terbahagi menjadi banyak-banyak bahagian sehingga tidak boleh lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit..
Sehingga ketika merasa tersiksa dengan perasaan cinta terhadap langit, awan menangis sedih..
itulah sehingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan..
kita juga dapat melihat dimana mereka menjalinkan kasih sejati..
setiap kali kita ke laut, lihatlah bahawa terdapat satu garis antara laut dan langit dan di situlah mereka sedang bersatu! (:
p/s: semoga cinta, kasih syg n persahabatan kita seperti itu..AMIN (:

No comments:

Post a Comment

cInTaMuuu


my blogger old

Daisypath Friendship tickers